Pembelajaran Abad Ke-21 : 9 Contoh Aktiviti Dalam Kelas
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.
1. Round Table
*Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik. *Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama. *Hasil dapatan dirujuk dan dibentang. *Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah 2. Think-Pair-Share *Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu. *Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan. *Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas. 3. Hot Seat *Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan). *Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'. *'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain. 4. Deklamasi Sajak / Nyanyian *Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan. *Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian. *Murid membuat persembahan di hadapan kelas. 5. Pembentangan Hasil Sendiri *Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan. *Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan. 6. Role-Play *Murid diberi peranan dan watak. *Murid diberi masa untuk membuat persediaan. *Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan. 7. Gallery Walk *Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan. *Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. *Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut. 8. Three Stray, One Stay *Kaedah alternatif pembentangan kumpulan. *Hasil kerja ditampal. *Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan. *Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain. 9. Peta i-Think *Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid. *Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik. Sumber: http://www.mykssr.com |
Leave a Comment