Meriahnya Aidilfitri kami!
Lihatlah gaya menarik dari kami... Kecil tapi lincah beraksi di atas pentas. Pakai baju raya yang lip lap, dapat menari ikut gerak hati tapi paling seronok, kami dapat memakai spek hitam... Ramainya penonton yang cemburu dengan kecantikan dan ketampanan kami ini hihi
Ada tak kawan-kawan berani macam kami? Jika ada, jom. Kita sama-sama menunjukkan bakat yang ada untuk menghiburkan orang ramai. Ibu ayah mesti gembira melihat kami berada di sini.
Terima kasih cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Telosan kerana telah memberi peluang dan ruang untuk kami berada di atas pentas yang serba menarik!
Leave a Comment