Sekolah Di Buka Untuk Calon Peperiksaan Awam 24 Jun 2020
Sekolah kelas peperiksaan awam SPM, SVM, STPM, STAM dibuka semula 24 Jun
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan 24 Jun ini sebagai
tarikh pembukaan sekolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM,
STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, pembukaan semula itu
melibatkan 500,444 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah murid kelas peperiksaan
awam dan peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara.
"Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah
menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan
awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara
bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020," jelas Radzi dalam
sidang media di Putrajaya pada Rabu. Ujarnya, Kementerian Pendidikan Malaysia
akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat dari semasa ke semasa.
"Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Memandangkan guru-guru
telah kembali ke sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh
dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.
"Kami di Kementerian Pendidikan amat berharap agar pembukaan semula sekolah mulai 24
Jun 2020 ini berjalan lancar bagi membolehkan anak-anak dapat meneruskan
persekolahan dalam keadaan selamat.
"Apa yang penting kita semua perlu terus patuh kepada arahan dan saranan Kerajaan. Sama-sama kita doakan agar keadaan
akan pulih sepenuhnya dan semua murid akan dapat kembali ke sekolah," tambahnya.
Leave a Comment