Guru Bergelar Penulis



    
       Terima kasih dari kami warga Sekolah Kebangsaan Telosan ucapkan di atas pemilihan ustazah Rodziah binti Latif menjadi salah seorang Fasilitator bagi Kem D Pena Muda Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020 Peringkat Kebangsaan (Zon Timur). 

    Acara ini adalah anjuran Bahagian Pendidikan Islam KPM dan sinergi mantap JPN Kelantan. Turut mengiringi kelancaran program ini ialah JPN Pahang dan JPN Terengganu.

Menulislah agar ilmu yang ada dapat disebarkan kepada masyarakat. Jika tidak ramai yang mahu mengikut pasti akan ada seorang yang mengamalkannya dan menjadi penyebar kepada yang lain.

 Usah biarkan ilmu yang ada turut terkubur bersama jasad di suatu hari nanti. 



No comments

Powered by Blogger.