Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan
Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur kita untuk berada di bulan Ramadan yang mulia untuk kali ini setelah ada insan yang kita kenali telah dijemput pulang menemui Pencipta. Marilah kita merebut peluang keemasan ini dengan sepenuh jiwa dan raga.
Ini kerana kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Pejam celik pejam celik, timbul rasa menyesal apabila Ramadhan sudah di penghujung. Usah jadikan itu semua menjadi kenyataan. Ayuh, penuhi setiap saat di bulan ini bermakna dan jangan lupakan buat mereka yang telah berada di alam barzakh juga.
Sampaikan doa dan hadiah buat Rasulullah s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat. Bulan ini bulan umat Islam. Sekali lagi saya ingin menekankan agar kita menjadi insan yang tamak untuk merebut peluang yang ada di bulan mulia ini.
Sila tonton Majlis Pelancaran Ihya Ramadan yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Telosan iaitu Encik Kamaruzamani bin Mohd Zain.
Pelancaran Majlis Ihya Ramadan 2021
Leave a Comment