Umur Batu Nisan Lebih Panjang Dari Umur Kita?


                                                        Gambar daripada Google

Perkongsian oleh Nur Dalina Wati binti Patek Mohd 


 Encik suami belanja sarapan pagi ini.

Banyak yang dibeli.

Nasi lemak, nasi dagang dan apam lenggang.

Beratnya sarapan pagi ini sama beratnya dengan perbincangan kami suamisteri masa sarapan tadi.

"Kita dah tua, makan kena kurang, tidur kena kurang, cakap pun kena kurang. Cakap yang baik- baik sahaja."

Sudahnya kami berdua  diam.


Dalam catatan Buya Hamka.

Umur badan terbatas.

Kadangkala umur batu nisan lebih panjang dari umur badan.

Tapi jasa dan kenangan lebih panjang dari umur badan.


Jalaludin Rumi ketika orang meminta izin untuk membuat kubah dan nisan selepas kematiannya.

Jawapan yang diberi.

"Tak usahlah buat nisan dan kubah pada kuburku. Kalau hendak menziarah aku temuilah aku dalam hati orang yang mengamal ajaranku."


Pagi ini memikirkan, apa yang mahu dikongsikan moga menjadi jariah berpanjangan.


Apa yang mahu ditinggalkan persiapkan dari sekarang.


Selawat jom.


Kredit kepada Telegram SASU

No comments

Powered by Blogger.