Mesyuarat Agung PPIM SK Telosan
Mesyuarat agung Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SK Telosan telah berjaya diadakan pada 6 April 2022 meskipun dalam situasi perlu mematuhi SOP. Pertemuan ini adalah yang pertama setelah dua tahun pertemuan secara bersemuka tidak dapat diadakan. Keriangan jelas terpamer daripada riak mata dan suara anak puteri SK Telosan ini.
Mesyuarat ini lebih memfokuskan kepada pemilihan ahli jawatankuasa. Pemilihan ini mendapat saingan sengit kerana calon yang bertanding adalah berkualiti dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.
Besarlah harapan kami, PPIM dapat melahirkan murid yang mempunyai jati diri yang unggul dalam apa jua situasi. Perjumpaan aktiviti kokurikulum akan diadakan setiap hari Rabu. Segala info berkaitan aktiviti akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui grup Whatsapp kelas bagi tahap dua.
Leave a Comment