Kemeriahan Aidilfitri di SK Telosan 2022M/1443H




Alhamdulillah, segala perancangan yang diatur telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Warga SK Telosan berpeluang merasai kemeriahan Aidilfitri pada 11 Mei 2022 bersamaan 9 Syawal. Dimulai dengan takbir raya yang diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Ustaz Hanafi. Takbir ini telah diikuti oleh semua warga SK Telosan sehingga ia menggema ke seluruh ceruk sekolah.

Pelbagai acara telah berjalan dengan lancar seperti pertandingan lagu raya mengikut kelas, bual bicara santai oleh pihak pentadbir, persembahan khas oleh murid pra sekolah daripada kelas Bestari dan Pintar, persembahan guru dan pertandingan busana raya.

Akhir kalam, syabas dan terima kasih semua di atas segala kesepakatan kita sebagai warga Telosan bagi menjayakan program ini.


#sepakat membawa berkat

#skt terus unggul

No comments

Powered by Blogger.