Lambaian Kasih Cikgu Aidil

 


Sekejapnya masa berlalu pergi. Rasa seperti baru semalam kita berkenal-kenalan. Begitulah perancangan Allah. Tiada siapa menduga dan tiada siapa menyangka, perpisahan ini dirasakan terlalu cepat. Jika kelmarin, warga SK Telosan baharu sahaja kehilangan seorang Pk Kokurikulum, hari ini kita terpaksa berpisah.
Meskipun dirimu ditangisi oleh anak didik namun amanat yang ditinggalkan dipegang erat oleh mereka. Sudah lumrah alam, bertemu dan berpisah itu biasa berlaku dalam kehidupan. Harapan kami, intai-intailah juga kami di sini untuk mengimbau kenangan dan berkongsi idea bersama.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Selamat berkhidmat di sekolah baharu.

No comments

Powered by Blogger.